Makluman

KEPADA SEMUA MURID SKSJ, GUNAKANLAH MASA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KERANA 'MASA ITU EMAS'.

Monday, December 29, 2014

Tangguh

Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA  SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sunday, December 28, 2014

perutusan GB

      
      1.      KEUTAMAAN SEKOLAH
-          Akses : Kehadiran Murid
-          Akses : Peluang Belajar
-          Keberadaan Guru
-          Melindungi Masa Instruksional
-          Kualiti : Kepimpinan
-          Kualiti P&P
-          Kualiti : Tahap Penguasaan Murid
-          Ekuiti : Lulus Mata Pelajaran Teras
-          Melepasi Standard Kualiti
-          70 % Penguasaan Peperiksaan Awam
-          Melepasi ETR LINUS 2.0; 100 % Tahun 3
-          Melepasi ETR UPSR
-          Pematuhan SPSK : Pengurusan Panitia
-          Pembelajaran Abad Ke-21; Elemen Didik Hibur, KBAT, EM

Wednesday, December 24, 2014

bertukar

Cikgu Sopardin telah diarahkan bertukar ke SK Parit Keroma Darat mulai 21 Disember 2014. Diucapkan selamat bertukar, maaf zahir dan batin serta moga terus cemerlang dalam perkhidmatan.

Monday, December 8, 2014

sekolah sepi

keadaan di sekolah menjadi sunyi sepi kerana murid-murid bercuti. Terngiang-ngiang suara murid-murid terjerit terpekik terutamanya pada waktu rehat. Asyik nak berlari jika hendak ke mana-mana. Dah namanya budak, berlari-lari pun mereka berasa seronok!


Wednesday, November 26, 2014

result upsr hari ini


Seramai 36,304 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada peperiksaan tersebut.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof, keadaan itu menunjukkan sebanyak 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR 2014 telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Tuesday, November 25, 2014

result UPSR


keputusan UPSR akan diumumkan pada hari esok, 26 November. Murid-murid dikhendaki datang ke sekolah untuk mengambilnya mulai jam 10.00 pagi.

Monday, November 17, 2014

Sunday, November 16, 2014

bantuan persekolahan 2015

Bantuan persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015 dijangka akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai 15 Januari 2015 secara berperingkat-peringkat. Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.


Monday, October 13, 2014

sukantara

gambar hiasan
Tarikh: 13 Oktober 2014
Masa: 7.30 - 10.00 pagi
Acara: Lompat jauh, lompat tinggi dan 90/100 meter

Wednesday, October 1, 2014

hari raya aidil adha

1 Oktober 2014

Sekolah akan bercuti pada hari Ahad dan Isnin minggu depan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Selamat menyambut hari raya korban kepada semua muslimin dan muslimat, khasnya kepada semua warga SK Sri Jamil.


Thursday, September 11, 2014

UPSR bocor

Khamis, 11 September 2014

Kementerian Pendidikan mengesahkan isi kandungan kertas soalan Sains tersebar menerusi laman sosial dan mengumumkan ia ditangguhkan ke 30 September daripada jadual asalnya hari ini.

Tuesday, September 9, 2014

Info 5 minit PPPM


Kepada semua guru SK Sri Jamil, sila download bahan berikut dan ambil tindakan sewajarnya, terima kasih.

Bahan Info 5 minit


UPSR

9 September 2014


UPSR bermula pada hari ini. Diucapkan Selamat menduduki UPSR kepada semua murid tahun 6, khasnya murid tahun 6 di SK Sri Jamil, buat sehabis baik dan In sha Allah, kejayaan milik anda!

Sila klik 'Read more' untuk melihat gambar. 

Sunday, September 7, 2014

taklimat ePrestasi

Taklimat tersebut diadakan pada 8 September 2014 jam 1.30 ptg, sila muat turun fail-fail berikut:

1. Latarbelakang
2. Instrumen 1
3. Instrumen 3
4. Keberhasilan


Thursday, September 4, 2014

solat hajat & bacaan yassin

4 Sept 2014


Program Solat hajat dan Bacaan Yassin sempena UPSR 2014 akan diadakan pd hari ini bermula jam 7.00 mlm bertempat di Dewan SK Sri Jamil. Semua guru, staf, ibu bapa murid tahun 6 dan ajk pibg dijemput hadir. Terima kasih.

Tuesday, September 2, 2014

Ceramah Pemakanan Sihat

2 September 2014


Sebuah ceramah mengenai Pemakanan Sihat telah disampaikan oleh Pn Koo Shi Jia, Pegawai Sains Pemakanan, Pejabat Kesihatan Muar kepada semua murid.

Friday, August 22, 2014

Sambutan Kemerdekaan 2014

17 Ogos 2014


Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih menekankan kepada semangat kecintaan terhadap negara apabila ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat. Difahamkan, tema berkenaan adalah dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Lagu Warisan, klik di sini.


Sunday, August 17, 2014

SSQS


Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS 2014 bagi daerah Muar akan bermula pada 17 Ogos hingga 23 Ogos 2014. Penarafan tersebut boleh dibuat menggunakan alamat http://btpnjoh.moe.edu.my/ssqsv3

Monday, June 16, 2014

lapor diri


Selamat datang dan selamat bertugas di sekolah ini! 

Majlis Perpisahan Ustazah Noor Hana


Majlis Perpisahan Ustazah Noor Hana telah diadakan pada hari Ahad, 15hb Jun 2014, sila lihat gambar-gambar lagi di sini, terima kasih.

Sunday, May 18, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Ahad, 18hb Mei 2014. Sila lihat gambar-gambar lagi di sini, terima kasih.

Wednesday, April 9, 2014

Hari Guru 2014


Hari Guru bakal tiba lagi pada tanggal 16 Mei 2014, berbaki lebih kurang satu bulan dari sekarang. Setiap tahun menjelang hari sambutan, warga guru akan meraikan sambutan hari khas untuk guru di sekolah masing-masing secara serentak di seluruh negara. Walaupun ia merupakan Hari Guru, namun gurulah yang paling sibuk mengatur acara dan program sambutan di peringkat sekolah.

Sila muatturun tema hari guru 2014 di sini, terima kasih.

Tuesday, March 18, 2014

Penambahbaikan PBS

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Sunday, March 16, 2014

PBS baru guru boleh 'offline'


Kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pada Selasa depan.

Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem PBS telah pun diperbaiki dan bakal mengurangkan beban kerja guru yang menjadi pertikaian sebelum ini.

Wednesday, March 12, 2014

pendaftaran tahun 1, 2015 dan 2016


Pendaftaran Tahun 1 2015 dan 2016 telah dibuka mulai 01.03.2014 hingga 30. 04. 2014.
Bagi persekolahan sesi 2015 - kanak-kanak yang lahir pada  02.01.2008 hingga 01.01.2009
Bagi persekolahan sesi 2016 -  kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2009 hingga 01.01.2010 

Ibubapa atau penjaga bolehlah mendaftar melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/esppsel

Setelah mendaftar sila cetak dan hantar ke sekolah yang dipohon. Bawa bersama:
1. Satu salinan sijil kelahiran dan sijil asal.
2. Satu salinan sijil nikah dan sijil nikah asal
3. Satu salinan bil utiliti (Bil air atau bil elektrik)

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor telefon berikut 0127477656.


Saturday, March 8, 2014

Mesyuarat Agung PIBG


Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Jamil kali ke 38 akan diadakan pada 16 Mac 2014 (Ahad) mulai jam 10.30 pagi. Semua ibu bapa dan penjaga murid dikehendaki hadir, terima kasih.

Wednesday, March 5, 2014

UPPM 1



Ujian 1 (Tahun 5 dan 6) akan diadakan mulai 10 Mac hingga 13 Mac 2014.

Saturday, March 1, 2014

Telefon pintar RM82


KUALA LUMPUR: Telefon pintar berharga $25 (RM81.90) yang bakal dikeluarkan Mozilla menggunakan sistem operasi Firefox (Firefox OS) disambut baik oleh pakar IT tempatan kerana ia bakal membuka pasaran yang baharu khusus untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

Mengikut statistik, Malaysia kini mempunyai lima juta pengguna telefon pintar dan mempunyai jumlah penduduk seramai 28 juta secara kesulurahan. Jadi ini boleh dipasarkan kepada mereka yang tidak mampu memiliki telefon pintar.

Pengasas bersama dan pengarang (Contributing Editor) Digital News Asia Edwin Yapp berkata telefon pintar ini merupakan produk untuk pasaran yang khusus (niche market).

“Ia akan mendapat sambutan baik untuk segmen yang mempunyai bajet kurang dari RM200 untuk membeli telefon pintar dan juga mereka yang masih memakai telefon biasa,” kata Edwin.

Thursday, February 27, 2014

mesyuarat guru


Mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari ini jam 1.30 ptg di bilik mesyuarat. Semua guru diminta hadir. Terima kasih.

Monday, February 24, 2014

risiko sekolah di pinggir jalan


1. mudah dilawati/didatangi pihak2 atasan, sama ada dari PPD, jabatan atau pun kementerian.
2. sering dikunjungi oleh pihak jurujual
3. warga sekolah lebih terdedah kepada kemalangan jalanraya
4. menjadi pemerhatian/penilaian orangramai

Sunday, February 23, 2014

Minggu Anti Dadah


TEKS PERUTUSAN MINGGU ANTIDADAH 2014
OLEH TN. HJ. MD HASIDIN BIN HJ. ZAINI
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR
b.p PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita berjumpa dalam majlis yang mempunyai makna yang besar kepada kita. Kita sedia maklum bahawa, 19 Februari setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Pengisytiharan ini dibuat pada 19 Februari 1983 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Sambutan Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan ini adalah manifestasi komitmen kita semua untuk memberi gambaran bahawa momentum kita masih laju untuk melaksanakan usaha-usaha pencegahan dadah di peringkat sekolah.

Masalah dadah bukanlah satu perkara baharu. Dadah merupakan satu kecelakaan yang amat besar dan boleh melumpuhkan kesejahteraan dalam kehidupan ini. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan hidup individu, keluarga, masyarakat dan negara. Ia tidak mengenal kaum, agama, usia dan jantina.

Wednesday, February 19, 2014

dialog prestasi


PPD Muar telah datang melawat sekolah pagi tadi dan telah berbincang mengenai prestasi dan program kecemerlangan sekolah. Beliau juga telah meminta pihak sekolah supaya meningkatkan pelunjuran daripada segi peratus lulus keseluruhan, gred purata sekolah dan bilangan murid cemerlang. Pihak sekolah akur dengan saranan tersebut dan akan berusaha sedaya mungkin bagi merealisasikannya.

Mengapa memilih blog?


Pada masa sekarang, blog menjadi satu trend kepada komuniti internet. Kenapa blog? Kenapa tidak membina laman web menggunakan FrontPage(c) atau Dreamweaver(c)? Jawapannya mudah sahaja, blog adalah satu perkhidmatan yang tersedia (ready to make). Seseorang tidak perlu menguasai kemahiran mengarang web menggunakan bahasa html, php, asp dan sebagainya. Seorang yang baru berjinak dengan komputer pun boleh membina blog dengan hanya tiga langkah utama jika menggunakan perkhidmatan blogger.com. Satu lagi sebab ialah, ianya percuma tanpa diganggu oleh popup atau iklan-iklan oleh pihak "hosting" percuma.

Selain daripada itu, kandungan blog mudah dikemaskini tanpa memerlukan anda menyediakan fail web anda terlebih dahulu di dalam komputer peribadi sebagaimana web dalam format html. Ianya mudah dikemaskini dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet, di mana sahaja sepanjang masa 24/7.

Apa itu blog?



Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.

Tuesday, February 18, 2014

Membina blog


alhamdulillah, blog ini telah berjaya dibangunkan pada hari ini bagi menggantikan yang lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...