Makluman

KEPADA SEMUA MURID SKSJ, SELAMAT MENGHADAPI UPPM 1, BUAT YANG TERBAIK.

Wednesday, December 30, 2015

selamat kembali ke sekolah


02.01.2016 - Pendaftaran Murid Prasekolah/Tahun 1 dan pembelian keperluan sekolah
03.01.2016 - Pembukaan Sesi Persekolahan 2016/ Pelancaran Program Transisi Tahun 1


Monday, September 7, 2015

doa hadapi peperiksaan

Doa buat anak2 yg akan hadapi peperiksaan. Doa ini dipetik drpd sesi tazkirah Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Al Fadil Ustaz Mohd Fauzi Mohd Yatin.

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Tuesday, July 14, 2015

Majlis Khatam AlQuran dan sumbangan raya

Diadakan di kantin sekolah mulai jam 11.30 pagi. Seramai 9 orang anak yatim telah menerima sumbangan kewangan daripada guru dan orang perseorangan.

Monday, June 29, 2015

Ujian Saringan Kedua Pencarian Bakat UKM2

Nur Anis Alwahidah binti Mohamad Tamidi telah telah terpilih untuk menduduki ujian tersebut pada 1 Julai 2015 di SMK Dato' Sri Amar Di Raja, Muar. Kita sama-sama doakan moga Anis berjaya dengan cemerlangnya, amiin!!!


Monday, May 11, 2015

hari guru


taklimat pbppp

Taklimat tersebut akan diadakan pada 12 Mei 2015 jam 12.30 tengah hari di makmal komputer. Semua guru diwajibkan hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Hjh Noorlizan, GPK Pentadbiran. Terima kasih.

Sila klik di sini untuk download bahan.


Thursday, March 26, 2015

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39

Mesyuarat agung tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 29 Mac 2015 mulai jam 8.30 pagi. Semua ibu bapa dan penjaga murid SK Sri Jamil diminta hadir untuk sama-sama menjayakannya. Kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.


Friday, February 27, 2015

UPPM 1


Image result for ujian

Ujian Penilaian Prestasi Murid kali yang pertama akan diadakan mulai 2 hingga 4 Mac 2015. Semua murid SKSJ yang terlibat hendaklah bersedia untuk menghadapinya dan buat yang terbaik.



Tuesday, February 17, 2015

Cuti Peristiwa sempena Tahun Baru Cina 2015


Semua ibu bapa / penjaga murid SK Sri Jamil,

Sukacita dimaklumkan bahawa cuti tersebut akan bermula pada hari Rabu 18/2/2015 sehingga hari Isnin 23/2/2015. Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa 24/2/2015.

Sekian untuk makluman dan pengetahuan tuan/puan. Terima kasih.






Sunday, February 8, 2015

Penetapan target UPSR 2015

Semua ibu bapa/penjaga murid tahun 6 SK Sri Jamil, diminta hadir ke majlis tersebut seperti butiran berikut:

Tarikh: 8 hb Februari 2015 (Ahad)
Masa: mulai 12.00 tengah hari
Tempat: Makmal Komputer

Kerjasama daripada ibu bapa/penjaga didahlui dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.

Monday, January 12, 2015

portfolio PPPB

Untuk tindakan (segera)
semua guru Sri Jamil,

Tuan/Puan diminta untuk menyediakan portfolio tersebut mengikut cadangan kandungan seperti dalam gambar di bawah;

klik pd gambar utk paparan lbh besar
Terima kasih.

Saya yang menurut perintah

YUSOF BIN SIPAN
Guru Besar
SK Sri Jamil, Muar

Sunday, January 11, 2015

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dibangunkan bagi melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang dikenali sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS) akan dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). PPPB bertujuan mentransformasikan amalan PPB bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. 

Klik di sini untuk muat turun Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) atau Klik di sini untuk muat turun 'Power Point Slide' PPB

sumber


Thursday, January 8, 2015

Agihan bantuan awal persekolahan

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Agihan Bantuan Awal Persekolahan RM100 seperti butiran berikut:

Tarikh             :           13 Januari 2015 (Selasa)
Masa               :           12.00 tengah hari
Tempat            :           Kantin Sekolah

Semua ibu bapa / penjaga diminta hadir untuk menerima bantuan dan jangan lupa untuk membawa kad pengenalan. Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja yang layak menerima bantuan tersebut. Bagi anak angkat, penjaga perlu membawa surat jagaan anak angkat yang sah.

Sekian, terima kasih


Wednesday, January 7, 2015

bantuan awal persekolahan

Bantuan persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015 dijangka akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai 15 Januari 2015 secara berperingkat-peringkat. Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.


KRITERIA LAYAK TERIMA BANTUAN SEKOLAH RM100

Berikut adalah kriteria bagi pelajar atau murid untuk menerima bantuan persekolahan bernilai RM100 awal tahun 2015;
i. Murid atau pelajar yang berstatus warganegara Malaysia.
ii. Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan dari Thn 1 hingga Ting. 5 atau setaraf denganya.

Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang telah berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.

sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...