Makluman

KEPADA SEMUA MURID SKSJ, SILA BUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN AKHIR TAHUN MULAI PADA 29 OKTOBER HINGGA 2 NOVEMBER 2017.

Monday, January 12, 2015

portfolio PPPB

Untuk tindakan (segera)
semua guru Sri Jamil,

Tuan/Puan diminta untuk menyediakan portfolio tersebut mengikut cadangan kandungan seperti dalam gambar di bawah;

klik pd gambar utk paparan lbh besar
Terima kasih.

Saya yang menurut perintah

YUSOF BIN SIPAN
Guru Besar
SK Sri Jamil, Muar

Sunday, January 11, 2015

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dibangunkan bagi melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang dikenali sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS) akan dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). PPPB bertujuan mentransformasikan amalan PPB bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. 

Klik di sini untuk muat turun Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) atau Klik di sini untuk muat turun 'Power Point Slide' PPB

sumber


Thursday, January 8, 2015

Agihan bantuan awal persekolahan

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Agihan Bantuan Awal Persekolahan RM100 seperti butiran berikut:

Tarikh             :           13 Januari 2015 (Selasa)
Masa               :           12.00 tengah hari
Tempat            :           Kantin Sekolah

Semua ibu bapa / penjaga diminta hadir untuk menerima bantuan dan jangan lupa untuk membawa kad pengenalan. Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja yang layak menerima bantuan tersebut. Bagi anak angkat, penjaga perlu membawa surat jagaan anak angkat yang sah.

Sekian, terima kasih


Wednesday, January 7, 2015

bantuan awal persekolahan

Bantuan persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015 dijangka akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai 15 Januari 2015 secara berperingkat-peringkat. Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.


KRITERIA LAYAK TERIMA BANTUAN SEKOLAH RM100

Berikut adalah kriteria bagi pelajar atau murid untuk menerima bantuan persekolahan bernilai RM100 awal tahun 2015;
i. Murid atau pelajar yang berstatus warganegara Malaysia.
ii. Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan dari Thn 1 hingga Ting. 5 atau setaraf denganya.

Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang telah berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.

sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...