Makluman

KEPADA SEMUA MURID SKSJ, GUNAKANLAH MASA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KERANA 'MASA ITU EMAS'.

Sejarah Sekolah

Penubuhannya

Sekolah Kebangsaan Sri Jamil adalah sebuah sekolah di kawasan luar bandar  dan terletak lebih kurang 17 kilometer dari Bandar Muar. Sekolah ini juga terletak dekat dengan pekan Parit Jawa, Muar. Murid-murid yang bersekolah di sini datang daripada kampung-kampung berhampiran.
Sekolah Kebangsaan Sri Jamil adalah di antara bekas sekolah rendah Inggeris di daerah Muar. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1959 dengan nama Parit Jamil English Primary School dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Parit Jamil, Muar.

Pada tahun 1981, Sekolah Kebangsaan Parit Jamil ditutup dan murid-muridnya diserapkan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Jamil yang sekarang telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Sri Jamil.


Tokoh Sejarah

Encik Jamil bin Abdullah adalah tokoh sejarah bagi sekolah ini. Beliau berasal dari Indonesia dan telah membuka Kampung Parit Jamil pada tahun 1882 bersama lima belas orang yang datang bersamanya.

Beliau telah menyediakan beberapa kemudahan untuk penduduk kampung, dan salah satu daripadanya ialah pembinaan sebuah sekolah yang dikenali sebagai Madrasah Haji Taib Parit Jamil. Sekolah ini kemudiannya diubah namanya kepada Sekolah Melayu Perempuan dan Sekolah Melayu Lelaki Parit Jamil.

Pada tahun 1959, Sekolah Melayu Lelaki dijadikan Primary English School Parit Jamil. Pada 1970, ianya ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Jamil dan sekali lagi pada tahun 1997 ianya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sri Jamil dan kekal sehingga ke hari ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...