Makluman

KEPADA SEMUA MURID SKSJ, GUNAKANLAH MASA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KERANA 'MASA ITU EMAS'.

Wednesday, November 26, 2014

result upsr hari ini


Seramai 36,304 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada peperiksaan tersebut.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof, keadaan itu menunjukkan sebanyak 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR 2014 telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.


"Bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada tahun 2014 berbanding tahun sebelumnya," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2014 di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 271,776 orang atau 59.03 peratus calon telah mendapat minimum gred C dan jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang mendapat semua gred A. Semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka bermula pukul 10 pagi ini di sekolah masing-masing.

Keputusan UPSR juga boleh disemak bermula pukul 10 pagi hari ini dengan cara khidmat pesanan ringkat (SMS). Calon boleh menaip UPSR, diikuti angka giliran selepas jarak dan hantar ke 15888

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...