Doa buat anak2 yg akan hadapi peperiksaan. Doa ini
dipetik drpd sesi tazkirah Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu
Langat, Al Fadil Ustaz Mohd Fauzi Mohd Yatin.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami
mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa
anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru
kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu.
Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu
ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa
yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas.
Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan
(UPSR/PMR/SPM/STPM). Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami
dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan
nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan
resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka
untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan
anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada
anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami
lakukan.
Ya Alah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan
anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka
jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka
kepada Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya
Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau
perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan
mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sihat mahmunah dalam diri dan
buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di
kalangan orang yang bertaqwa
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami
sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya
Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang mahu
mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya
Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka dariapda melakukan amalan-amalan
yang membawa ke neraka Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan
solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak
berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya
Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka
tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat
tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang
Engkau murkai.
Ya Alah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu
kerana Engkau tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta
kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa
kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi
yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi
yang vakan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin
No comments:
Post a Comment