Kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) pada Selasa depan.
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem
PBS telah pun diperbaiki dan bakal mengurangkan beban kerja guru yang menjadi
pertikaian sebelum ini.
"Guru-guru tidak lagi perlu ke atas talian untuk memuat
naik data tetapi boleh menyimpan secara offline," kata beliau ketika
berucap di Sekolah Tinggi Kajang hari ini.
"Menurut Muhyiddin penambahbaikan ini adalah hasil
kerja beliau yang turun ke bawah untuk mendengar masalah guru-guru yang
terkesan.
"Maklumat lanjut akan diumumkan 18 Mac ini kata beliau.
"Bulan lalu, kementerian Pendidikan telah menggantung
implementasi PBS setelah pelbagai rungutan diterima daripada kesatuan guru dan
pentadbir sekolah lantaran beban kerja terlampau.
PBS diperkenalkan pada 2011 dan memansuhkan peperiksaan
tahunan yang selama ini dihadapi pelajar termasuk Penilaian Menengah Rendah dan
Ujian Bersepadu Sekolah Rendah.
No comments:
Post a Comment