Seramai 36,304 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
2014 mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada peperiksaan
tersebut.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr. Khair
Mohamad Yusof, keadaan itu menunjukkan sebanyak 7.89 peratus daripada 460,407
calon UPSR 2014 telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
Bantuan persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan
menerusi Bajet 2015 dijangka akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah
rendah dan menengah seluruh negara mulai 15 Januari 2015 secara
berperingkat-peringkat. Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan
beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa
atau penjaga.