PN NUR SALWANI HALISA BINTI ABU BAKAR |
Sunday, January 18, 2015
Tuesday, January 13, 2015
Monday, January 12, 2015
portfolio PPPB
Sunday, January 11, 2015
Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
dibangunkan bagi melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru
dan pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang
dikenali sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan Pembangunan
Staf (LPS) akan dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPB). PPPB bertujuan mentransformasikan amalan PPB bagi
meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion
keguruan.
Klik di sini untuk muat turun Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPPB) atau
Klik di sini untuk muat turun 'Power Point Slide' PPB
sumber
sumber
Thursday, January 8, 2015
Agihan bantuan awal persekolahan
Adalah
dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Agihan Bantuan Awal
Persekolahan RM100 seperti butiran berikut:
Tarikh
: 13 Januari 2015 (Selasa)
Masa :
12.00 tengah hari
Tempat
: Kantin Sekolah
Semua
ibu bapa / penjaga diminta hadir untuk menerima bantuan dan jangan lupa untuk membawa kad
pengenalan. Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja yang layak menerima
bantuan tersebut. Bagi anak angkat, penjaga perlu membawa surat jagaan anak
angkat yang sah.
Sekian,
terima kasih
Wednesday, January 7, 2015
bantuan awal persekolahan
Bantuan persekolahan bernilai RM100 seorang yang
diumumkan menerusi Bajet 2015 dijangka akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar
sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai 15 Januari 2015 secara
berperingkat-peringkat. Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan
beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa
atau penjaga.
KRITERIA LAYAK TERIMA BANTUAN SEKOLAH RM100
Berikut adalah kriteria bagi pelajar atau murid
untuk menerima bantuan persekolahan bernilai RM100 awal tahun 2015;
i. Murid atau pelajar yang berstatus warganegara Malaysia.
ii. Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan dari Thn 1 hingga Ting. 5 atau setaraf denganya.
Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang telah berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.
sumber
i. Murid atau pelajar yang berstatus warganegara Malaysia.
ii. Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan dari Thn 1 hingga Ting. 5 atau setaraf denganya.
Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang telah berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.
sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)