Makluman

KEPADA SEMUA MURID SKSJ, GUNAKANLAH MASA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KERANA 'MASA ITU EMAS'.

Wednesday, January 7, 2015

bantuan awal persekolahan

Bantuan persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015 dijangka akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai 15 Januari 2015 secara berperingkat-peringkat. Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.


KRITERIA LAYAK TERIMA BANTUAN SEKOLAH RM100

Berikut adalah kriteria bagi pelajar atau murid untuk menerima bantuan persekolahan bernilai RM100 awal tahun 2015;
i. Murid atau pelajar yang berstatus warganegara Malaysia.
ii. Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan dari Thn 1 hingga Ting. 5 atau setaraf denganya.

Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang telah berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.

sumber


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...